Rancang Simpanan Haji dan Medikal Kad




Medical Card : Untuk selesaikan bil hospital anda 100% tanpa sebarang charge Co-Takaful


PENGENALAN
MAA Takaful Smart Medic 100 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.

TIADA KO-TAKAFUL
Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.

KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic adalah kad perubatan tunggal di mana ia tidak perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.

PEMBAHARUAN DIJAMIN
Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.

KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI
Dengan RM55 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had tahunan sehingga RM100,000 dan seumur hidup RM300,000.

MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN YANG TINGGI
MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian.

PANEL HOSPITAL TERBAIK SELURUH MALAYSIA
MAA Takaful mempunyai lebih 90 panel hospital seluruh Malaysia. 


JADUAL BAYARAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100


JADUAL MANFAAT MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100


PERHATIAN!
Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat. Kad perubatan hanya menyediakan manfaat bayaran bil-bil perubatan dan manfaat khairat kematian sahaja. Anda perlu mengambil pelan MAA Takafulink yang menyediakan manfaat pampasan kematian dan hilang upaya kekal. Di samping itu, anda juga akan mendapat manfaat-manfaat tambahan yang lain berdasarkan keperluan anda.

Jika anda inginkan pelan lengkap, sila hubungi saya di talian dan emel di bawah.

Perunding Takafulink Haji dan Takafulink Pendidikan Anda


Simpanan Haji MAA Takaful adalah satu alternatif (selain Tabung Haji) untuk kita membuat simpanan bagi menunaikan Rukun Haji (Rukun Islam ke-5). Kepakaran kami adalah menyediakan rancangan simpanan haji berkala berserta perlindungan menyeluruh untuk umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji dengan kos serendah RM50 sebulan.

Berbeza dengan simpanan di tempat lain, setiap penyimpan layak menerima bantuan perubatan sekiranya mengidap salah satu daripada 46 jenis penyakit kritikal dan layak menerima pelepasan simpanan bulanan (pihak takaful MAA tolong buat simpanan berkala utk anda). Simpanan terkumpul + dividen terus berjalan. Bantuan berbentuk hibbah untuk keluarga juga disediakan jika penyimpan mati atau hilang upaya kekal. Lain2 manfaat adalah seperti bantuan khairat kematian, upah haji dan wakaf atas nama penyimpan.

Kesimpulannya jika anda menyimpan melalui simpanan haji MAA Takaful anda pasti jadi haji sama ada anda sihat (melalui simpanan + pelaburan), sakit (kerana simpanan + pelaburan tetap berjalan, tidak terganggu) atau mati (upah haji). Persoalannya adakah RM50 terlalu besar untuk anda membuat simpanan setiap bulan? Anda tentukan...