Rancang Simpanan Haji Anda Sekarang RM100 Sahaja Sebulan


  

 

Istilah Takaful

Pengenalan
Takaful diketahui umum sebagai salah satu  alternatif kepada masyarakat yang ingin memilih sistem insurans yang ingin disertai sebagai satu bentuk Perancangan Kewangan. Di Takaful kami amat memahami betapa pentingnya perancangan  kewangan. Oleh itu kami komited membantu di dalam merancang kewangan anda untuk masa depan yang lebih terjamin.

Makna Takaful
Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
  • Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
  • Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
  • Menjaga kebajikan sosial
  • Mewujudkan keharmonian sosial
  • Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".
Ciri - Ciri Takaful
Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.
  • Tiada unsur riba]
  • Tiada unsur maisir (judi)
  • Tiada unsur gharar
  • Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)
Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
  • Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
  • Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
  • Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
  • Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
  • Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
  • Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
  • Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
  • Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
  • Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
  • Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.
  • Mudharabah bermaksud perkongsian untung
  • Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
  • Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
  • Mudharabah dibenarkan oleh agama
  • Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
  • Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
  • Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
  • Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah

Kenapa Takaful

KENAPA PERLU TAKAFUL

 
  • Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.
  • Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.
  • Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.
  • Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.
  • Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.
  • Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.
  • Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah.
  • Sistem takaful menguntungkan.
PERLINDUNGAN

Surah Al-Maidah Ayat 2
"Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan".

.

Hadith riwayat Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".
.
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
"Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu".
.
Hadith riwayat Ibnu Majah
"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia".
.
Hadith riwayat Ahmad
"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit".

Kepentingan Takaful

SETIAP SESUATU PERKARA ITU SEMESTINYA ADA KEPENTINGANNYA.
Begitulah dengan Insurans Islam Ini.


1. SEBAGAI SIMPANAN & PERLINDUNGAN ANDA.

Berapa peratuskah (%) dari gaji anda DISIMPAN untuk persediaan MASA DEPAN anda ?. Mungkin anda bersetuju dengan saya, adalah sukar untuk menyimpan wang walaupun ke dalam BANK? Kita pasti dengan mudah akan mengeluarkannya ??? Bila kita berhasrat untuk membeli sesuatu yang kita hajati!! Walaupun barangan yang tidak kita perlukan tetapi kerana ianya berharga murah semasa MEGA SALES.

Hanya Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap.

Kebanyakkan Individu menyimpan di TAKAFUL kerana beberapa sebab :
  • Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.
  • Untuk pendapatan masa tua.
  • Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal.
  • Untuk Persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.


2. UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :-
  • Apabila mereka meningkat dewasa, kita mengkhendaki satu permulaan yang baik.
  • Bayaran sumbangan adalah murah bila menyertai mulai sekarang.
  • Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri diatas kaki sendiri bila sampai umurnya.
  • Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.
TABUNG PELAJARAN
Kita semua sedia maklum yang bayaran YURAN PENGAJIAN semangkin naik setiap tahun. Peratusan semasa bilangan anak anak yang cerdik semangkin meningkat. Anak anda mungkin salah seorang dari mereka. Pelajaran adalah pemberian terbaik untuk anak anak yang boleh diberikan oleh ibubapa. Tentunya anak yang berkerjaya menjadi impian ibu bapa. Persaingan untuk Pekerjaan yang baik pada masa hadapan sangat tinggi antara orang orang yang berpelajaran.
 
Semua orang akan mencari perkerjaan yang menjamin masa hadapannya, tetapi bagaimana sekiranya anak anda ketinggalan dalam persaingan ini kerana tiada bantuan kewangan semasa hendak melanjutkan pelajaran. Polisi pendidikan tidaklah membebankan sangat tetapi akan menunjukkan HASIL KEJAYAAN dengan perancangan kewangan anda.


3. UNTUK PERLINDUNGAN KETIKA SAKIT
 
Dalam masyarakat hari ini, Penyakit Jantung, Stroke, Kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN.

Bila seseorang dijangkati penyakit, dia memerlukan rawatan. Dalam proses perawatan ini, dia memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala. Bayaran untuk perawatan kebiasannya adalah sangat tinggi yang mana ini akan membabitkan orang yang kita sayang. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian.

  • Apa akan berlaku kiranya kita tidak dilindungi dengan Manafaat Penyakit kritikal ???
  • Apabila simpanan kita semangkin berkurangan dan kering ???
  • Kemana kita akan pergi ? Bank atau Saudara Mara ???
  • Memikirkan Pinjaman Perumahan, Pinjaman Kereta yang perlu dibayar dan lain lain...
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG
  • Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?
  • SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?
  • Minta pertolongan kedua orang tua kita.
  • SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?
  • Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.
  • Mereka pun sama macam kita - tak ada ?
  • Minta Bantuan dari Saudara mara.
  • Berapa banyak mereka boleh bantu anda.
  • Minta bantuan rakan rakan.
  • Bolehkah mereka banyak menolong ?
  • Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai.
  • Jabatan Kebajukan.

Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :
  • Bil - RM16-50.
  • Sudah tentu kita masih mampu.
  • Bil - RM500-1000?
  • Kita boleh mengambil dari wang simpaan kita.
  • Bil - RM20,000 hingga RM100,000.???
  • Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.
    Adakah kita akan mengambil langkah terakhir ini ???
Bil Hospital Adalah Sangat Mahal
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,Anda dikehendaki untuk membayar wang Pendahuluan sebelum mendapat rawatan.
Selepas itu pula, Anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital Selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Bil hospital adalah sangat tinggi yang mana Anda boleh membayar dengan :
  • Kad Kredit.
  • Hasil Pendapatan Tunai.
  • Duit Simpaan.
  • Meminjam.
  • Memajakkan barang kemas.
  • Mencagarkan Rumah.
  • Menjual Kereta.
Kami ada Cara untuk menangani masalah seperti ini.
Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat


4. UNTUK KELUARGA : Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas

Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.

(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)

"Semua perlindungan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"

Tanyakan Pada Diri Anda :-
  • Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?
  • Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya.
Kemungkinan ianya ANDA, Keluarga ANDA atau KITA???
Permintaan dan Pendapatan Wang Tunai.

Sekiranya keluarga anda tinggal di tingkat 2 apartment dan terperangkap dalam kebakaran.
Mereka SUDAH TENTU akan menuruni tangga.
Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?.
Mereka TERPAKSA terjun dan tentunya mempunyai risiko yang tinggi serta akan mendapat kecederaan yang berat.


SAMALAH dengan kehidupan bahagia kita hari ini dengan PENDAPATAN yang diberikan kepada mereka tetapi sekiranya Kehidupan ini terhenti MAKA pendapatan juga terhenti. Tentunya terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan.

Sekiranya keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi, mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah meyediakan tangganya. Mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.

Rancangkan "sedikit wang" (5% - 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak anak kita.
Menyimpan Lebih Sedikit dalam Takaful akan menjadikan hidup akan datang keluarga anda lebih sempurna.

5. UNTUK PERSARAAN / PENCEN
KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELAJAAN

Inilah perkara serius yang harus difikirkan bila hari meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga.

Jangkahayat Semangkin Meningkat.

Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana keadah perubatan yang baik.
  • UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.
  • UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)
Contoh :

Sekiranya dalam sebulan anda memerlukan Perbelanjaan RM 1,000.00

Setahun anda memerlukan :
RM 12,000 x 20 tahun = RM 240,000.00,

Kita masih lagi gagal untuk menyimpan.

Adakah anda akan menyimpan mulai esok yang tak pasti dan telahpun membelanjakan apa yang anda simpan semalam.

6. UNTUK HAJI / UMRAH / BERCUTI 
SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN CARA BIASA

Bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?.

Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardu Haji/Umrah/Bercuti, Simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian anda ini.

Simpanan anda boleh dikeluarkan bila anda memerlukannya.


7. UNTUK PERLINDUNGAN WANITA
WANITA SEPATUTNYA MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN:-

Lindungi Pendapatan
Wanita yang tinggal dengan keluarga, Sebahagian pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah. Kedua orang tua mengharap sumbangan anda setiap bulan.

Pendapatan Pencen
Wanita akan berhenti kerja lebih awal untuk menjadi SURIRUMAH sepenuh masa. Mereka juga mempunyi jangkahayat panjang purata 6 tahun lebih dari lelaki jadi KEPERLUAN untuk menjaga diri sendiri adalah tinggi.

Pendidikan Untuk Anak Anak .
Menyayangi anak sediri, anak saudara dsb dengan menampung perbelanjaan pembelajaran mereka akan membuat hidup mereka ini lebih bermakna.


8. UNTUK KECACATAN KEKAL
SESUATU YANG TIDAK ANDA INGINI

Kebiasaannya kerana 2 sebab iaitu Penyakit dan Kemalangan.
  • Terdapat penyakit kritikal yang memerlukan perawatan segera. Doktor mungkin akan kata anda perlu menjalani pembedahan dan tinggal di Wad Hospital.
  • Anda terpaksa tinggal dihospital untuk menjalani rawatan pemulihan mungkin untuk beberapa hari atau beberapa minggu.
  • Doktor mungkin mengatakan yang anda boleh pulang kerumah dan berehat untuk beberapa bulan atau Setengah tahun atau Setahun atau Lebih.
  • Sekiranya Syarikat anda berkerja berhenti membayar Gaji Anda ???
Bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan Hari Mendatang ???

Kami ada Cara untuk menangani apa jua masalah yang anda hadapi.
Hubungi kami dan kami akan tunjukkan caranya.

Mulakan Polisi anda sekarang dengan Ketenangan Fikiran Sebelum Terlambat

Insuran dan takaful dari pandangan agama

TAKAFUL SEBAGAI PILIHAN MENEPATI HUKUM SYARAK.
Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak Islam.Walaubagaimanapun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvesional adalah darurat. Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvesional tidal lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.

AKTIVITI MUAMALAT ISLAM
Insurans adalah termasuk salah satu daripada sistem perniagaan atau jual beli. Walaubagaimanapun, sistem muamalat Islam menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad, tidak menekan ke atas orang lain dan sebaginya. Wujudnya sistem perniagaan hari ini kebanyakkannya berdasarkan kepada sistem kapitalis dan sosialis. tujuan utama bagi perniagaan seperti ini adalah semata-mata mendapatkan keuntungan tanpa mengambilkira samada ianya menyebabkan orang lain tertindas atau tidak. Sistem perbankan misalnya, mangamalkan kaedah riba yang ternyata tidak berlandaskan hukum Islam. Sistem perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti Bank Islam, Tabung Haji, pajak gadai Islam, Mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam, kunter syariah di BSKL dan sebagainya, menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam.

DISUSULI UNSUR DAKWAH ISLAMAH
Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian (setelah berpuashati) mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.

KHUTBAH JUMAAT : INSURANS MENURUT PANDANGAN ISLAM

Khutbah Jumaat di Masjid Besar Shah Alam 12hb. Mei, 2000

Sidang Jumaat yang dihormati Allah, Umat Islam wajib mengamalkan ajaran dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan termasuklah sistem kewangan dan sistem perlindungan insurans yang berlandaskan kepada syariat atau hukum syarak. Hal ini amat penting dipraktikkan demi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan umat. Memandangkan perlindungan adalah satu keperluan dan tidak boleh diambil ringan oleh setiap anggota masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedi maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai selama ini oleh umat Islam ialah insurans. Insurans boleh difahami sebagai satu akidah di mana satu kumpulan masyarakat berikrar untuk mengumpul segala usaha dan sumber untuk mengwujudkan satu pakatan untuk saling bekerjasama sesama mereka jika ditakdirkan sesiapa sahaja di antara mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini, ahli kumpulan yang dilanda musibah itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya dalam bentuk sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa bebanan yang terpaksa dipikul akibat musibah yang menimpa akan dapat diringankan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesetengah orang mempertikaikan apakah sistem yang wujud dalam insurans ini sebenarnya datang dari Islam atau rekaan dari Barat ? Sebenarnya sistem perlindungan yang disebut insurans ini berasal dari kaedah yang digunakan oleh pedagag-pedagang Arab di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka merupakan generasi pertama yang mempraktikkan konsep perlindungan selama ini. Mereka berdagang dengan merentasi padang pasir, membawa barang dagangan menggunakan unta, mengembara daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain secara berkumpulan (khafilah). Dalam menjalankan urusniaga seperti ini mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya, musibah dan bencana seperti rompakan oleh lanun padang pasir, dilanda ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain ancaman sehingga boleh menyebabkan bukan sahaja kerugian, kemusnahan dan kehilangan barang dagangan mereka, malah juga boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang-pedagang itu sendiri.

Bagi mengatasi atau meringankan ancaman dan bebanan ini maka pedagang-pedagang Arab pada ketika itu telah saling berpakat antara mereka mengagih-agihkan barang dagangan kepada beberapa khafilah atau rombongan perniagaan. Oleh itu jika ditakdirkan berlaku sesuatu musibah ke atas mana-mana khafilah, maka kerugian, kemusnahan dan kehilangan harta benda yang dialami hanya sekadar terhad kepada khafilah yang ditimpa musibah itu sahaja dan tidak kepada khafilah-khafilah yang lain.

Apabila agama Islam datang dan seterusnya tertegak negara dan kerajaan Islam di Madinah, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam Arab sebelum itu terus dikekalkan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Antara sistem ini ialah yang berkaitan dengan prinsip bantu-membantu dan saling bekerjasama di kalangan masyarakat. Di dalam masyarakat kita di kampung-kampung khususnya terdapat juga amalan yang berteraskan prinsip saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama ahli masyarakat seperti perlaksanaan tabung khairat kematian.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Penyertaan umat Islam khususnya dalam pelbagai bentuk kemudahan perlindungan yang disediakan oleh sesetengah syarikat insurans ini telah menimbulkan keraguan kepada mereka dari segi hukum syarak. Ini disebabkan mereka merasakan bahawa perjalanan perlindungan insurans ini tidak selari mengikut hukum syarak. Sehubungan dengan ini, para ulamak dan pakar perundangan Islam dari negara-negara Islam telah menjalankan kajian terperinci mengenai kaedah pengendalian dan perjalanan syarikat insurans. Pada umumnya mereka berpendapat kontrak insurans yang berasaskan akad jualbeli tetapi tidak menepati rukun jualbeli mengikut syarak kerana mengandungi tida unsur yang menyebabkan kontrak tersebut tidak selari dengan kehendak hukum syarak.

Tiga unsur yang dimaksudkan itu ialah : 

1. Gharar
Gharar memberi erti tidak jelas, kabur dan terdapat penipuan dalam perjanjian. Islam mensyaratkan bahawa sesuatu perjanjian yang hendak dimeterai antara mana-mana pihak mestilah jelas tentang perkara yang menjadi isi kepada perjanjian tersebut. Contohnya apabila musibah berlaku maka pihak syarikat mesti membayar tuntutan yang telah dijanjikan. Tetapi di dalam perjanjian, ada sesetengah pihak tidak menjelaskan bagaimana dan beberapa jumlah tuntutan itu dibayar, sekian banyak tuntutan yang dijanjikan. Maka ini dinamakan gharar, begitu juga dengan mana-mana perjanjian yang terlalu berat sebelah sehingga boleh membawa kepada kerugian kepada satu pihak yang berjanji, maka perjanjian itu juga dikira mengandungi unsur gharar yang diharamkan itu.

2. Judi
Iaitu apabila pihak yang memeterai perjanjian tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan maka dia tidak akan mendapat apa-apa manfaat walaupun sebelum ini dia telah membayar caruman kepada syarikat. Maka caruman itu dikira hangus begitu sahaja, kecuali jika pihak yang mencarum tersebut membuat tuntutan disebabkan sesuatu musibah dalam tempoh tertentu. Konsep membayar tuntutan hanya apabila berlaku musibah dan tanpa tuntutan ianya dikira hangus, maka ianya sama dengan konsep perjudian kerana ada unsur pertaruhan. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud : 

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah amalan keji daripada amalan syaitan. Justeru itu, hendaklah kamu menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”

3. Riba Iaitu mengenakan bayaran tambahan yang tinggi bagi setiap hutang yang diberikan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat dengan urusan tersebut. Ia merupakan satu amalan yang diharamkan oleh syarak dalam aktivit-aktiviti kewangan dan pelaburan sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud : 

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba (dalam urusan kamu) sekiranya kamu benar-benar orang yang beriman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Majlis Akadami Feqah Al-Islam yang dihadiri oleh pakar perundangan syariat dalam pelbagai disiplin ilmu dari seluruh dunia dalam satu persidangan pada bulan disember 1985 telah memperakukan bahawa perjanjian insurans yang mengandungi tiga unsur yang disebutkan tadi adalah tidak selari dengan landasan syariat. Insurans yang harus di sisi Islam hendaklah semestinya berlandaskan kepada prinsip kerjasama. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud :
 
Bekerjasamalah kamu dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya Allah amat keras siksaNya” Berdasarkan maksud ayat Al-Quraan tersebut, agama Islam menghendaki umatnya agar bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal-hal kebajikan dan sebaliknya melarang kita bantu-membantu dalam melakukan kejahatan serta bermusuh-musuhan.

Dalam masyarakat Melayu, amalan bantu-membantu dalam kebajikan ini sudah lama dilaksanakan. Pepatah Melayu ada menyebut : "Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Setitik jadikan selaut. Sekepal jadikan segunung. Misalnya bagi meringankan beban kerja dan menjimatkan belanja maka usaha bergotong-royong oleh penduduk sesebuah kampung dalam sesuatu aktiviti kemasyarakatan menjadi amalan biasa satu ketika dahulu. Begitu juga dengan tabung khairat kematian yang diwujudkan di kampung-kampung yang biasanya berpusat di masjid atau surau bagi mambantu waris atau tangungan mana-mana ahli kariah ayng meninggal dunia. Melalui tabung khairat kematian ini, ahli-ahli akan mambayar sejumlah wang dan daripada wang yang terkumpul inilah kahirat kematian akan dibayar kepada ahli waris yang meninggal dunia itu.

Berdasarkan hakikat ini, insurans secara Islam hendaklah berasaskan prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dan berpandukan ciri-ciri ini jugalah maka ulamak feqah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariat hendaklah berasaskan kepada konsep Takaful. Justeru itu, menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk menyertai perlindungan insurans yang berkonsepkan Takaful seperti yang diamalkan oleh beberapa negara seperti Sudan, Arab Saudi, Malaysia dan lain-lain lagi. Semoga kehidupan umat Islam hari ini dalam menyertai perlindungan insurans itu tidak menyimpang daripada landasan syariat yang sebenarnya.
 
TABARRU'AT PENYELESAIAN KEPADA INSURANS KONVENSIONAL
Umum mengetahui insurans mempunyai tujuan yang baik kerana ia menggalakkan sikap jamin menjamin dan bantu-membantu dalam masyarakat. Namun oleh kerana wujudnya beberapa unsur yang ditegah oleh Islam dalam transaksinya maka ianya telah ditegah. Sebagai gantinya, para ulamak telah memutuskan 'Takaful' sebagai cara yang terbaik kerana ia bersesuain dengan keredhaan syarak.

Kajian turut mendapati, kebanyakan ulamak sepakat mengharamkan insurans konvensional khususnya insurans nyawa kerana kontraknya berasaskan 'Dasar Jual Beli' dan oleh kerana ia tidak dapat memenuhi syarat 'barang' yang menjadi salah satu rukun jual beli, maka ia telah melahirkan unsur 'Gharar (keraguan berhubung keadaan barang dan sifat-sifatnya) dan Maisir (judi)'.

Disebabkan tujuan insurans adalah baik, iaitu membantu mereka yang ditimpa kesusahan maka cara untuk mengubahkannya agar menjadi halal disisi syarak ialah dengan mengubah 'Asasnya' iaitu 'Dasar Jual Beli' yang menjadi masalah kepada muamalah ini kepada "Dasar Pengumpulan Derma Ikhlas (Tabarru'at)".

Tabarru'at (derma ikhlas) ini merupakan sumbangan yang diberikan oleh setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful. Setiap peserta akan membuat akad ini dengan secara ikhlasnya untuk membantu dikalangan mereka jika ditimpa musibah. Di sini peserta mesti memahami konsep tabarru'at yang telah mereka akadkan, iaitu;

Apabila Konsep Tabbaru'at diperkenalkan maka dengan sendirinya seluruh pengurusan insurans itu sudah tidak terlibat lagi dengan unsur-unsur yang diharamkan kerana Asasnya telah diubah. Ini bermakna, kontrak takaful tidak menggunakan asas jualbeli kerana ia menimbulkan keraguan disisi Syarak, sebaliknya kontrak berbentuk derma, sekali-kali tidak memerlukan sebarang rukun yang perlu diikuti, melainkan dengan hati yang ikhlas sahaja.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi (Yusuf al-Qardhawi, The Lawful and The Prohibited in Islam (trans), m.s 276) menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka. Derma ikhlas ini dapat menyempurnakan tujuan tersebut dan dapat menggelakkan sebarang keraguan.

Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabbaru'at yang bersyarat,diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah besar juga.

Kesimpulan
Mungkin dari segi objektif, kita sukar untuk mengetahui perbezaan antara takaful dan insurans konvensional . Secara fizikal, keduanya tidak menunjukkan sebarang kelainan kerana operasinya melibatkan pembayaran untuk mendapatkan perlindungan.

Namun begitu, dari sudut perlaksanaan, ianya mempunyai perbezaan yang amat ketara. Kontrak takaful dimulakan dengan akad tabarru'at, manakala kontrak insurans menggunakan akad jualbeli. Hal yang demikian telah menimbulkan masalah dari sudut syariah kerana tidak bertepatan dengan matlamat syariah yang menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.

Dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan tabarru'at (derma ikhlas) menjadi perkara penting dalam perlaksanaan perlindungan yang diredhai syarak. Walaupun begitu, mungkin pada pada suatu ketika nanti, pengendali takaful akan menggunakan akad yang lain dari tabarru'at bergantung kepada kesesuaian kontrak selagi ianya tidak bertentangan dengan Syarak.

Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah