Perunding Takafulink Haji dan Takafulink Pendidikan Anda


Simpanan Haji MAA Takaful adalah satu alternatif (selain Tabung Haji) untuk kita membuat simpanan bagi menunaikan Rukun Haji (Rukun Islam ke-5). Kepakaran kami adalah menyediakan rancangan simpanan haji berkala berserta perlindungan menyeluruh untuk umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji dengan kos serendah RM50 sebulan.

Berbeza dengan simpanan di tempat lain, setiap penyimpan layak menerima bantuan perubatan sekiranya mengidap salah satu daripada 46 jenis penyakit kritikal dan layak menerima pelepasan simpanan bulanan (pihak takaful MAA tolong buat simpanan berkala utk anda). Simpanan terkumpul + dividen terus berjalan. Bantuan berbentuk hibbah untuk keluarga juga disediakan jika penyimpan mati atau hilang upaya kekal. Lain2 manfaat adalah seperti bantuan khairat kematian, upah haji dan wakaf atas nama penyimpan.

Kesimpulannya jika anda menyimpan melalui simpanan haji MAA Takaful anda pasti jadi haji sama ada anda sihat (melalui simpanan + pelaburan), sakit (kerana simpanan + pelaburan tetap berjalan, tidak terganggu) atau mati (upah haji). Persoalannya adakah RM50 terlalu besar untuk anda membuat simpanan setiap bulan? Anda tentukan...

No comments:

Post a Comment